kemahuan serta jalan fikirannya...! Kesemuanya berlain-lainan!
Hal ini menyebabkan para da’ie harus menjadi orang-orang yang bijaksana, mahir dalam menyampaikan pendapat dan pengertiannya kepada sasarannya iaitu manusia yang beraneka ragam itu...! Para da’ie harus mengerti, dari mana pintu masuk ke tiap-tiap rumah, dan bagaimana caranya memasuki rumah itu!
Para da’ie yang mendapat taufiq dan kejayaan ialah mereka yang sanggup memberikan untuk tiap-tiap individu, apa yang diperlukannya, baik berupa buah fikiran atau pun pengarahan. Da’ie mestilah berusaha meyakinkan orang itu tentang kebenaran apa yang diajukannya, kemudian berusaha menarik orang itu supaya bergerak mengamalkan apa yang diajarkannya. Da’ie harus berbicara dengan gaya bahasa yang menimbulkan kesan dalam hati mad’unya.
Dan inilah rahsia yang terkandung dalam hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
Wasallam:
نحن معاشر الانبياء امر نا ان ننزل الناس منازلهم ونكلمهم على قدر
عقولهم
“Kami, golongan Nabi-nabi, diperintahkan supaya menempatkan manusia sesuai dengan kedudukannya masing-masing, dan supaya kami berbicara dengan mereka menurut taraf kecerdasannya masing-masing.”(Hadith riwayat Abu Daud)
Dalam hal ini, para penda’wah perlu memperhatikan hal-hal yang berikut:
1. Berkenalan dengan seseorang sebelum menyampaikan da’wah kepadanya:
Adalah suatu kewajiban bagi seorang da’ie, supaya ia berkenalan lebih dahulu dengan seseorang yang akan menerima da’wahnya. Ia harus memahami terlebih dahulu, bagaimana latar belakang kehidupan orang itu, bagaimana jalan fikirannya, dan bagaimana pengertian dan gambarannya terhadap alam raya ini Para penda’wah harus menyelidiki hal itu dengan mengadakan wawancara dan sebagainya, sehingga ia menemui apa kekurangan dan kesulitan yang sedang dialami orang yang diserunya itu.
Dengan demikian, para da’ie menemui pintu-pintu dan jendela-jendela, yang mungkin dijadikannya sebagai batu loncatan untuk mengetuk pintu hati orang yang diserunya itu. Jadi, harus banyak bergaul secara individu atau fardi, dan mengadakan percubaan dan usaha, yang diharapkan akan membawa kejayaan. Penda’wah mesti mencatat pengalaman-pengalamannya, kemudian, ia berusaha menyampaikan da’wah kepada mad’u’nya itu disertai dengan pengarahan dan memberikan contoh teladan yang menimbulkan kesan yang menarik dan mempengaruhi jalan fikiran mad’u itu.
2. Dari mana penda’wah harus mulai dan bagaimana caranya.
Untuk menemukan titik yang tepat dalam menentukan tempat memulai tugasnya, da’ie harus mengorbankan waktu yang tidak sedikit, supaya ia berjaya dalam usahanya untuk meyakinkan mad’unya terhadap ajaran yang disuguhkannya itu. Jangan sampai terjadi, da’ie salah memilih tempat tegak yang akan menjadi titik tolak da’wahnya. Rasulullah berpesan:
ما لحد یحد ث قوما بحدبث لا تبلعه عقو لهم الا آان فتنة على بعضهم
“Tidak ada seorang pun yang membicarakan sesuatu kepada suatu golongan, dengan cara yang tidak dapat mereka mengerti, kecuali akan menimbulkan kekacauan bagi sebahagian di antara mereka.”3. Sistematika yang akan dijadikan panduan:
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah bahawa perlu sekali ditetapkan. Sistematika yang baik, agar supaya da’ie dapat mengetahui, bagaimana caranya ia mulai berda’wah, dan dari mana titik tolak da’wahnya!
Pada detik-detik pertemuan pertama, da’ie harus berusaha keras untuk benar-benar mengenali mad’u yang akan dihadapinya. Jika hal ini sudah terlaksana, maka mudahlah ia memperbandingkan di antara satu mad’u dengan mad’u yang lain, kira-kira bagaimana kedudukan mad’unya di kalangan masyarakat, dan bagaimana cara menghadapinya. Selanjutnya, da’ie dapat mengikuti tiga langkah yang berikut, sebagai ukuran dasar da’wahnya:
1. Pembentukan ‘Aqidah:
Membentuk ‘aqidah, maksudnya menciptakan cara berfikir yang benar,terhadap alam raya serta manusia dan kehidupan ini. Untuk itu, paling minima harus diyakinkan terhadap Rukun Iman, terutama Iman kepada Allah Maha Pencipta. Usaha ini merupakan dasar dalam pembentukan keperibadian seorang Muslim. Inilah asas dan titik tolak dalam menentukan langkah-langkah selanjutnya. Dan inilah simpulan atau ikatan yang terbesar, pangkal terbukanya simpulan-simpulan yang lain-lain. Pembinaan ‘aqidah ini kemudian akan bersambung dengan pembinaan amal. Mad’u harus diyakinkan bahawa Islam adalah pedoman hidup yang akan menuntun manusia dalam memenuhi tuntutannya dalam kehidupan ini. Islam berasal dari Wahyu ILahi, pemberian Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Kuasa. Islam adalah peraturan yang lengkap, mencakup segala lapangan kehidupan manusia Islam terbit dan filsafat alam yang murni yang akar-akarnya
berdiri sendiri. Sedang peraturan yang lain-lain, semuanya kurang lengkap, kerana memang kekurangan dasar, kerana semuanya berasal dari manusia. Dan sifat manusia yang hidup di sesuatu daerah, menyebabkan peraturan-peraturan yang dibuatnya itu kurang tidak lengkap, kerana terpengaruh dengan alam sekitar tempat ia berada. Inilah desakan yang menghimpit manusia sebagai pembuat peraturan!
Untuk mengemukakan hal itu. Da’ie harus mempelajari fikrah Islamiyyah secara mendalam dan harus juga mempelajari pendapat-pendapat dan pemikiran-pemikiran yang lain-lain yang berada di luar Islam. Dengan
demikian. Da’ie dapat berusaha meyakinkan mad’unya tentang kekurangan yang ada dalam peraturan yang lain dan bagaimana lengkapnya peraturan dalam ajaran Islam.
2). Dan Iman menuju ‘Amal:
Kalau Keimanan mad’unya sudah baik, ‘aqidahnya sudah mendarah daging, dan sudah sempuma kefahamannya tentang Islam, maka langkah selanjutnya adalah peringkat ‘amal. Da’ie perlu berusaha mewujudkan teori Iman itu dalam bentuk ‘amal, ‘ibadah, budi pekerti dan tingkah laku KeIslaman
yang benar. Inilah maksud sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam:
ليس الا یمان بالتحلى ولكن هوما وقر فى القلب وصدقه العمل.
“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan; tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap dalain hati, dan dibenarkan dengan amal”(Hadith Riwayat Al-Dailamy)
Sebenarnya uslub yang menjadi pegangan dalam pembentukan peribadi Muslim menurut manhaj tarbiyyah Islamiyyah dimulai dengan meletakkan batu pertama, iaitu mananam ‘Aqidah Islamiyyah, memperdalam dasarya di dalam jiwa manusia. Ajaran Keimanan ini diturunkan lebih dahulu, lama sebelum diturunkan perintah dan ajaran Islam tentang ‘Ibadah. Syari’ah dan pengarahan kepadanya. Dan pasti hal ini tidak boleh dilakukan sebaliknya dengan cara diajarkan amal dahulu baru diterangkan Iman...!
Urut-urutan ini timbul, kerana ‘ibadah, budi pekerti (akhlaq) dan mu’amalah menurut Islam, itu semuanya adalah cetusan dari ‘aqidah dan salah satu perwujudannya...! Dan menurut bagaimana dalamnya ‘aqidah dan amal...!
Dan sebagai fakta yang menguatkan dugaan ini, kita melihat bahawa perintah ‘ibadah dan hukum-hukum syara’ diturunkan setelah Rasulullah menunjuki kita ke jalan yang lurus. Dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam tidak lupa meninggalkan pesan:
لان یحدى الله بك رجلا واحدا خيرلك من الد تيا وما فيها.
“Sesungguhnya, Allah menunjuki seorang manusia dengan berkat usahanya, itu lebih baik, bagimu daripada dunia ini dan segala isinya.”(Hadith riwayat Al-Tabrani)
Dan Allah Subhanahu Wata’ala memberi peringatan:
وَقُلِ اعْمَُلوْا َفسَيَرَى اللّهُ عَمََلكُمْ وَرَسُوُلهُ وَاْلمُؤْمِنُو َ ن وَسَتُرَدُّو َ ن إَِلى عَالِمِ الْغَيْبِ
وَالشَّهَادَةِ َفيُنَبُِّئ ُ كم بِمَا ُ كنتُمْ تَعْمَلُون
“Dan katakanlah: “Beramallah kamu maka sesungguhnya Allah akan melihat amal kamu, serta Rasul-rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan kelak kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu, apa yang di dunia ini selalu kamu kerjakan.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 105)
Referensi : Artikel Fathi Yakan
0 komentar:
Posting Komentar