Rss

Rabu, 15 Mei 2013

BAGAIMANA KITA MENYERU KEPADA ISLAM?

Da’wah ditujukan kepada ummat manusia... seluruh manusia..., dalam keadaan umurnya yang berbeza-beza, serta tingkatan kedudukannya di kalangan masyarakat di samping kecerdasan dan alam lingkungannya, dan
kemahuan serta jalan fikirannya...! Kesemuanya berlain-lainan!

Hal ini menyebabkan para da’ie harus menjadi orang-orang yang bijaksana, mahir dalam menyampaikan pendapat dan pengertiannya kepada sasarannya iaitu manusia yang beraneka ragam itu...! Para da’ie harus mengerti, dari mana pintu masuk ke tiap-tiap rumah, dan bagaimana caranya memasuki rumah itu!

Para da’ie yang mendapat taufiq dan kejayaan ialah mereka yang sanggup memberikan untuk tiap-tiap individu, apa yang diperlukannya, baik berupa buah fikiran atau pun pengarahan. Da’ie mestilah berusaha meyakinkan orang itu tentang kebenaran apa yang diajukannya, kemudian berusaha menarik orang itu supaya bergerak mengamalkan apa yang diajarkannya. Da’ie harus berbicara dengan gaya bahasa yang menimbulkan kesan dalam hati mad’unya.

Dan inilah rahsia yang terkandung dalam hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
Wasallam:
نحن معاشر الانبياء امر نا ان ننزل الناس منازلهم ونكلمهم على قدر
عقولهم
“Kami, golongan Nabi-nabi, diperintahkan supaya menempatkan manusia sesuai dengan kedudukannya masing-masing, dan supaya kami berbicara dengan mereka menurut taraf kecerdasannya masing-masing.”
(Hadith riwayat Abu Daud)

Dalam hal ini, para penda’wah perlu memperhatikan hal-hal yang berikut:
1. Berkenalan dengan seseorang sebelum menyampaikan da’wah kepadanya:
Adalah suatu kewajiban bagi seorang da’ie, supaya ia berkenalan lebih dahulu dengan seseorang yang akan menerima da’wahnya. Ia harus memahami terlebih dahulu, bagaimana latar belakang kehidupan orang itu, bagaimana jalan fikirannya, dan bagaimana pengertian dan gambarannya terhadap alam raya ini Para penda’wah harus menyelidiki hal itu dengan mengadakan wawancara dan sebagainya, sehingga ia menemui apa kekurangan dan kesulitan yang sedang dialami orang yang diserunya itu.

Dengan demikian, para da’ie menemui pintu-pintu dan jendela-jendela, yang mungkin dijadikannya sebagai batu loncatan untuk mengetuk pintu hati orang yang diserunya itu. Jadi, harus banyak bergaul secara individu atau fardi, dan mengadakan percubaan dan usaha, yang diharapkan akan membawa kejayaan. Penda’wah mesti mencatat pengalaman-pengalamannya, kemudian, ia berusaha menyampaikan da’wah kepada mad’u’nya itu disertai dengan pengarahan dan memberikan contoh teladan yang menimbulkan kesan yang menarik dan mempengaruhi jalan fikiran mad’u itu.

2. Dari mana penda’wah harus mulai dan bagaimana caranya.
Untuk menemukan titik yang tepat dalam menentukan tempat memulai tugasnya, da’ie harus mengorbankan waktu yang tidak sedikit, supaya ia berjaya dalam usahanya untuk meyakinkan mad’unya terhadap ajaran yang disuguhkannya itu. Jangan sampai terjadi, da’ie salah memilih tempat tegak yang akan menjadi titik tolak da’wahnya. Rasulullah berpesan:
ما لحد یحد ث قوما بحدبث لا تبلعه عقو لهم الا آان فتنة على بعضهم
“Tidak ada seorang pun yang membicarakan sesuatu kepada suatu golongan, dengan cara yang tidak dapat mereka mengerti, kecuali akan menimbulkan kekacauan bagi sebahagian di antara mereka.”

3. Sistematika yang akan dijadikan panduan:
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah bahawa perlu sekali ditetapkan. Sistematika yang baik, agar supaya da’ie dapat mengetahui, bagaimana caranya ia mulai berda’wah, dan dari mana titik tolak da’wahnya!
Pada detik-detik pertemuan pertama, da’ie harus berusaha keras untuk benar-benar mengenali mad’u yang akan dihadapinya. Jika hal ini sudah  terlaksana, maka mudahlah ia memperbandingkan di antara satu mad’u dengan mad’u yang lain, kira-kira bagaimana kedudukan mad’unya di kalangan masyarakat, dan bagaimana cara menghadapinya. Selanjutnya, da’ie dapat mengikuti tiga langkah yang berikut, sebagai ukuran dasar da’wahnya:
1. Pembentukan ‘Aqidah:
Membentuk ‘aqidah, maksudnya menciptakan cara berfikir yang benar,terhadap alam raya serta manusia dan kehidupan ini. Untuk itu, paling minima harus diyakinkan terhadap Rukun Iman, terutama Iman kepada Allah Maha Pencipta. Usaha ini merupakan dasar dalam pembentukan keperibadian seorang Muslim. Inilah asas dan titik tolak dalam menentukan langkah-langkah selanjutnya. Dan inilah simpulan atau ikatan yang terbesar, pangkal terbukanya simpulan-simpulan yang lain-lain. Pembinaan ‘aqidah ini kemudian akan bersambung dengan pembinaan amal. Mad’u harus diyakinkan bahawa Islam adalah pedoman hidup yang akan menuntun manusia dalam memenuhi tuntutannya dalam kehidupan ini. Islam berasal dari Wahyu ILahi, pemberian Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Kuasa. Islam adalah peraturan yang lengkap, mencakup segala lapangan kehidupan manusia Islam terbit dan filsafat alam yang murni yang akar-akarnya
berdiri sendiri. Sedang peraturan yang lain-lain, semuanya kurang lengkap, kerana memang kekurangan dasar, kerana semuanya berasal dari manusia. Dan sifat manusia yang hidup di sesuatu daerah, menyebabkan peraturan-peraturan yang dibuatnya itu kurang tidak lengkap, kerana terpengaruh dengan alam sekitar tempat ia berada. Inilah desakan yang menghimpit manusia sebagai pembuat peraturan!
Untuk mengemukakan hal itu. Da’ie harus mempelajari fikrah Islamiyyah secara mendalam dan harus juga mempelajari pendapat-pendapat dan pemikiran-pemikiran yang lain-lain yang berada di luar Islam. Dengan
demikian. Da’ie dapat berusaha meyakinkan mad’unya tentang kekurangan yang ada dalam peraturan yang lain dan bagaimana lengkapnya peraturan dalam ajaran Islam.

2). Dan Iman menuju ‘Amal:
Kalau Keimanan mad’unya sudah baik, ‘aqidahnya sudah mendarah daging, dan sudah sempuma kefahamannya tentang Islam, maka langkah selanjutnya adalah peringkat ‘amal. Da’ie perlu berusaha mewujudkan teori Iman itu dalam bentuk ‘amal, ‘ibadah, budi pekerti dan tingkah laku KeIslaman
yang benar. Inilah maksud sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam:
ليس الا یمان بالتحلى ولكن هوما وقر فى القلب وصدقه العمل.
“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan; tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap dalain hati, dan dibenarkan dengan amal”
(Hadith Riwayat Al-Dailamy)

Sebenarnya uslub yang menjadi pegangan dalam pembentukan peribadi Muslim menurut manhaj tarbiyyah Islamiyyah dimulai dengan meletakkan batu pertama, iaitu mananam ‘Aqidah Islamiyyah, memperdalam dasarya di dalam jiwa manusia. Ajaran Keimanan ini diturunkan lebih dahulu, lama sebelum diturunkan perintah dan ajaran Islam tentang ‘Ibadah. Syari’ah dan pengarahan kepadanya. Dan pasti hal ini tidak boleh dilakukan sebaliknya dengan cara diajarkan amal dahulu baru diterangkan Iman...!

Urut-urutan ini timbul, kerana ‘ibadah, budi pekerti (akhlaq) dan mu’amalah menurut Islam, itu semuanya adalah cetusan dari ‘aqidah dan salah satu perwujudannya...! Dan menurut bagaimana dalamnya ‘aqidah dan amal...!

Dan sebagai fakta yang menguatkan dugaan ini, kita melihat bahawa perintah ‘ibadah dan hukum-hukum syara’ diturunkan setelah Rasulullah menunjuki kita ke jalan yang lurus. Dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam tidak lupa meninggalkan pesan:
لان یحدى الله بك رجلا واحدا خيرلك من الد تيا وما فيها.
“Sesungguhnya, Allah menunjuki seorang manusia dengan berkat usahanya, itu lebih baik, bagimu daripada dunia ini dan segala isinya.”
(Hadith riwayat Al-Tabrani)

Dan Allah Subhanahu Wata’ala memberi peringatan:
وَقُلِ اعْمَُلوْا َفسَيَرَى اللّهُ عَمََلكُمْ وَرَسُوُلهُ وَاْلمُؤْمِنُو َ ن وَسَتُرَدُّو َ ن إَِلى عَالِمِ الْغَيْبِ
وَالشَّهَادَةِ َفيُنَبُِّئ ُ كم بِمَا ُ كنتُمْ تَعْمَلُون
“Dan katakanlah: “Beramallah kamu maka sesungguhnya Allah akan melihat amal kamu, serta Rasul-rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan kelak kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu, apa yang di dunia ini selalu kamu kerjakan.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 105)

Referensi : Artikel Fathi Yakan

Selasa, 14 Mei 2013

ANTARA SEMALAM DAN HARI INI #1

RISALAH NABI YANG AMANAH

Sejak 1370 tahun yang lalu, Muhammad bin Abdullah, Nabi yang ummi telah menyeru di atas
kemuncak bukit Sofa, Mekah, maksudnya: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya saya adalah pesuruh Allah kepada kamu sekelian, Tuhan yang memiliki seluruh langit dan bumi, tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Berimanlah kamu dengan Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang telah beriman dengan Allah dan kalimahNya. Turutlah kamu sekalian  kepadaNya moga-moga kamu mendapat petunjuk". (Al-A'raf :158)
Dakwah yang merangkum itu menjadi garis pemisah bagi seluruh alam. Pemisah antara zaman
yang gelap gelita dengan zaman yang akan datang yang bersinar dengan cahaya dan bahagia
abadi. Dakwah ini juga menjadi satu pengisytiharan yang terang dan nyata terhadap satu sistem
yang baru yang disyariatkan Allah yang amat mengetahui dan amat bijaksana. Ia disampaikan
oleh pesuruhNya Muhammad saw, pembawa khabar gembira dan pengingat manusia bersama
kitabNya al Quran yang terang dan bersinar, juga bala tenteranya yang dahulu yang terdiri
daripada orang- orang muhajirin dan ansar dan pengikut-pengikut jejak langkah mereka dengan
penuh ihsan. Dakwah ini bukan satu ciptaan manusia, ia adalah ciptaan Allah yang tidak ada
ciptaan yang lebih baik selain dari-Nya.
Firman Allah, maksudnya, "Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah al kitab (al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu tetapi Kami menjadikan al Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya, siapa yang Kami kehendaki di antara hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami  benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaannya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan". (as Syura:52-53)

MANHAJ AL-QURAN DALAM MEMPERBAIKI MASYARAKAT.

Al Quran adalah penghimpun segala cara untuk membaiki masyarakat. Ia telah diturunkan ke atas Nabi saw. Ianya dibacakan kepada orang-orang mukmin dari masa ke semasa menurut keadaan, suasana dan sempena.
Firman Allah, maksudnya.
"Demikianlah supaya kami perkuat hati mu denganNya dan Kami (menurunkanNya) dan
membacakanNya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa sesuatu yang ganjil) melainkan Kami datangkan kepada mu suatu yang benar dan yang paling baik penjelasannya". (al Furqaan:32-33).
Apabila sempurna wahyu itu diturunkan dan dipelihara di setiap dada dan pada mashaf-mashaf
dalam masa lebih kurang dua puluh dua tahun, Allah telah kumpulkan di dalamnya penjelasan tiap-tiap perkara untuk umat ini. Dasar-dasar pembaikian dan pengislahan masyarakat yang sempurna yang didatangkan oleh al Quran itu berlegar dibawah qaidah-qaidah ini:
1) Ketuhanan (Rabbaniah).
2) Ketinggian jiwa manusia.
3) Peneguhan aqidah terhadap adanya pembalasan.
4) Pengisytiharan persaudaran di kalangan manusia.
5) Membangunkan seluruh laki-laki dan wanita serta pengisytiharan tanggungjawab dan persamaan di antara keduanya serta penentuan tugas masing- masing secara detail.
6) Jaminan untuk masyarakat dengan penetapkan hak-hak kehidupan, pemilikan, kerja, kesihatan, kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber laba.
7) Memelihara dua kehendak semulajadi; keinginan memelihara jiwa dan memelihara keturunan dengan mengatur keinginan perut dan seks.
8) Keras dan kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah berat.
9) Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab yang membawa perpecahan umat.
10) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang didatangkan oleh sistem ini.
11) Menjadikan negara sebagai wakil kepada fikrah Islam dan negara bertanggungjawab melindunginya. Negara juga bertanggungjawab untuk melaksanakan matlamatnya dalam masyarakat yang khusus(Negara Islam) dan menyampaikan fikrah ini kepada seluruh manusia.

SYIAR-SYIAR PRAKTIK BAGI SISTEM INI.

Sistem al Quran ini berbeza dengan segala sistem dan teori-teori falsafah ciptaan manusia. Ia tidak membiarkan segala dasar dan ajaranNya tinggal sebagai teori sahaja dalam diri manusia atau juga tidak sebagai pendapat-pendapat dalam buku-buku atau sebagai kata-kata di bibir mulut sahaja.

Dasar Islam disyariatkan untuk ditumpu, diperkukuh dan dimanfaatkan kesan dan hasilnya sebagai interpretasi yang praktik. Umat yang beriman dan mempercayainya mesti bersungguhsungguh melaksanakan kerja ini. Ianya hendaklah dianggap sebagai suatu kefardhuan dan mereka yang meremeh-remehkannya tidak boleh dipandang ringan. Orang yang melaksanakannya akan diberi pahala dan mereka yang meninggalkannya akan dibalas dengan balasan yang mungkin boleh mengeluarkan mereka dari masyarakat Islam.

Di antara tanggungjawab penting dalam sistem ini yang dijadikan sebagai satu tembok untuk
pemusatan prinsip-prinsipnya ialah:
1. Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dsbnya.
2. Puasa, menjaga diri, beringat dari boros.
3. Zakat, sedekah dan berbelanja di jalan kebaikan.
4. Haji, melancung, mengembara, menyelidik dan memerhati kerajaan Allah.
5. Berusaha, bekerja dan menjauhi dari meminta.
6. Jihad, berjuang, menyediakan pejuang dan menjaga keluarga pejuang serta kebaikan mereka di kala mereka berjauhan.
7. Amar ma'ruf dan memberi nasihat.
8. Mencegah dari yang mungkar, pemulauan orang ramai terhadapnya dan orang-orang yang melakukannya.
9. Menambah ilmu pengetahuan setiap muslim dan muslimat dalam berbagai bidang hidup yang sesuai untuk mereka.
10. Baik pergaulan dan berakhlak dengan akhlak yang baik.
11. Sentiasa menjaga keselamatan tubuh dan memelihara pancaindera.
12. Ikatan yang baik di antara pemerintah dengan rakyat dengan menjaga dan taat.

Setiap Muslim dituntut mempraktikkan kewajipan ini dan memperjuangkannya sebagaimana ia telah di terangkan oleh sistem al Quran. Setiap Muslim jangan sekali-kali mencuaikannya walau satu daripadanya. Kesemua kewajipan ini telah disebutkan di dalam al Quran. Segala amalan Nabi saw dan para sahabat menerangkan pelaksanaan ini dengan jelas dan terang. Tiap-tiap amal tersebut  mengukuh dan tertumpu kepada prinsip-prinsip sistem Islam yang kesemuanya memberi faedah kepada seluruh manusia.

NEGARA ISLAM YANG PERTAMA.

Di atas dasar sistem al Quran ini, tertegaklah sebuah negara Islam yang pertama. Ianya sebuah negara yang beriman benar-benar dengan al Quran, melaksanakan segala ajarannya dengan penuh rapi dan kemudiannya menyebarkannya pula ke seluruh dunia.

Khalifah Islam yang pertama(Abu Bakar ra) pernah berkata "Jika seutas tali pengikat unta hilang
pun dari jagaan saya, saya akan dapatinya dalam Al-Quran".
Beliau telah memerangi orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat dan menyifatkan mereka
itu sebagai murtad kerana meruntuhkan salah satu rukun sistem ini. Beliau mengatakan, "demi
Allah kalau mereka itu enggan menunaikan kepada ku seutas tali pengikat unta seperti yang telah
ditunaikan kepada Rasulullah saw, pasti aku akan perangi mereka selagi pedang masih berada di tangan
ku".
Kesatuan yang sepenuhnya tercerna dalam ummah yang baru lahir ini. Kesatuan masyarakat tercerna dalam kerangkuman seluruh sistem al Quran dan bahasa Al-Quran dikalangan mereka. Kesatuan politik terangkum di bawah naungan Amirulmukminin dan lambaian panji-panji khalifah di ibu negara. Idea Islam tidak berlegar dalam tentera sahaja atau di Baitul Mal atau pada tindak laku pemerintah sebab mereka semua bekerja dalam satu aqidah dan dengan arahan yang satu dan menyeluruh.
Prinsip al Quran ini telah berjaya menghapus dan menghalau keluar fahaman-fahaman keberhalaan yang khurafat di Semenanjung tanah Arab dan Farsi. Yahudi penipu juga telah dihalau dan kekuasaan agama dan politik mereka dilenyapkan. Prinsip dan dasar Al-Quran ini juga telah berjuang menentang fahaman Kristian sehingga terhapus dari benua Asia dan Afrika dan terpaksa berlindung di bawah naungan kerajaan Rum timur di Konstantinopel. Dengan ini dua benua yang besar ini telah memusatkan seluruh kuasa spiritual dan politiknya kearah kerajaan Islam. Dasar Islam ini seterusnya juga telah berusaha memerangi benua ketiga (benua Eropah) iaitu menyerang Konstantinopel dari  Timur dan mengepungnya dengan bermatian dan menyerangnya (benua Eropah) dari barat dengan menawan Andalus. Bala tentera Islam telah berjaya sampai ke tengah Perancis serta utara dan selatan Itali. Ia juga telah mendirikan sebuah kerajaan yang agung di Eropah Barat yang bersinar dengan ilmu dan peradaban. Kemudian barulah Konstantinopel sempurna di buka dan Kristian diletakkan di sudut yang kecil di tengah Eropah. Kapal laut tentera Islam belayar hebat di dua lautan iaitu lautan Mediteranean dan laut Merah yang mana kedua lautan itu menjadi tasik Islam. Tentera laut negara Islam memegang kunci laut di timur dan di barat dan seluruh kekuasaan darat dan laut berada di tangan Islam.
Implikasi dari ini umat Islam dapat berhubung dengan bangsa-bangsa lain. Umat Islam berjaya memindahkan kebanyakan tamadun dunia tetapi dengan kawalan kekuatan iman dan prinsip peraturannya. Seluruh tamadun itu telah diubahsuai dengan kehendak-kehendak Islam dengan mengekalkan keindahan dan kehebatannya. Islam tidak menegah dari mengambil faedah tamadun itu selagi ianya tidak mengganggu kesatuan politik dan masyarakat ummat Islam.


Referensi : Artikel Imam As-syahid Hassan Al-Banna

Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."
(SELESAI)

Misteri Rumah Kost

Setiap minggu sore, aku harus meninggalkan arang yang aku sayangi. Aku meninggalkan kotaku diiringi oleh beristirahatnya sang raja siang untuk digantikan oleh dewi malam yang menemaniku di perjalanan. Aku melakukan hal ini hanya untuk menuntut ilmu. Setiba di rumah sementara yang terdiri dari kamar-kamar dan dihuni oleh para pelajar. Aku disambut oleh nyanyian jangkrik berpadu dengan katak. Di sinilah aku tinggal dan bertahan hidup dengan teman-teman yang bernasib sama seperti aku. Bersekolah di kota orang.
Senin pagi, pada saat adzan subuh berkumandang aku langsung bangun dan segera mandi. Setelah itu aku melaksanakan salat subuh. Kemudian aku siap menjalani hari dengan lancar. Tetapi dugaanku salah, setelah aku dan teman-teman siap untuk berangkat ternyata pintu depan masih terkunci, dan si pembawa kunci tersebut sudah berangkat duluan.
”Bagaimana ini?”, Tanyaku sambil panik.
”Ya sudah kita terperangkap.”, Jawab Dimas pasrah.
Aku dan teman-teman bingung dan pada hari itu adalah UAS (Ujian Akhir Semester). Jam sudah menunjukan jam 07.15 padahal bel masuk berbunyi pada jam 07.30, akhirnya Bisma menemukan jalan keluar walaupun harus rela kotor.
”Hei, ayo ita loncat tembok! Daripada kita di sini menunggu ibu kost membawa kunci. Kita pasti terlambat. Lebih baik kita meloncat tembok.”, Kata Bisma memberi solusi.
”Okelah.”, Kata teman-teman menyetujui.
Akhirnya kita meloncat tembok samping kostku yang tingginya sekitar ± 2 meter. Setelah itu aku dan teman-teman langsung bergegas menuju sekolah dengan lari sekencang-kencangnya.
Kring.......kring..........kring........ Bel masuk berbunyi.
”Untuk belum terlambat.”, Kataku
”Ya sudah, ayo bergegas ke ruangan masing-masing!”, Kata Dimas.
* * * * * * * * * * * * * *
Kring.......kring..........kring........ Bel istirahat berbunyi. Aku dan teman-teman  berkumpul   di   kantin   untuk    makan    bersama    sambil   membicarakan
 kejadian tadi pagi.
”Hei, kalian memikir siapayang sengaja mengunci pintu tadi pagi?”, Tanyaku kepada teman-teman.
”Pasti Si Andika pembawa kunci.”, Kata Dimas.
”Tapi jangan buruk sangka pada andika. Walaupun dia satu-satunya anak yang dipercayai untuk membawa kunci belum tentu dia yang melakukannya.”, Sambung Bisma.
”Ada betulnya juga, kita cari Andika pulang sekolah. Kita tanya apakah betul dia yang mengunci kita di dalam.”, Kata Ilham.
Teman-teman menetujui pendapat Ilham kecuali Si Dana. Dia tetap menyetujui kata Dimas karena hanya Andika yang membawa kunci.
”Sudahlah Dan, kita belum ada bukti jadi jangan menuduh orang sembarangan.”, Kataku.
”Awas kalau ketahuan akan ku hakimi sendiri.”, Kata Dana
Setelah itu kami kembali keruangan masing-masing untuk mengikuti ujian hari itu jam ke-2.
* * * * * * * * * * *
Pulang sekolah aku bertemu dengan Andika di gerbang depan sekolah. Aku berjalan pulang bersama Andika. Di perjalanan aku membicarakan tentang kejadian tadi pagi dan untuk menanyakan kepada Andika.
”Tadi pagi kamu kenapa berangkat pagi sekali?”, Tanyaku kepada Andika.
”Oh... aku tadi ingin belajar dulu sebelum ujian.”, Jawab Andika.
”Tapi kenapa pintu depan tadi kamu kunci lagi? Padahal teman-teman masih berada di dalam.”, Kataku melanjutkan percakapan.
”Apa? Pintu depan terkunci? Padahal aku berangkat tadi hanya menutup dan tidak menguncinya kebali. Kamu menuduh aku yang mengnci? Walaupun aku membawa kunci aku juga tidak akan melakukan hal yang setega itu.”, Jawab Andika terkejut.
”Bukan menuduh, tapi aku hanya menanyakan kejadian tadi pagi. Karena Dana sangat marah dan selalu menuduh kamu yang melakukan hal itu.”, Jawabku sambil Pikiranku berlari mencari siapa ang melakukan hal itu kalau bukan Andika siapalagi?
Tiba di kost-kost-an aku dan teman-teman mencoba merundingkan hal itu, tapi semuanya tidak mempunyai ide untuk jalan keluar.Semua teman mengaku bahwa otaknya telah menguap memikirkan hal tersebut.
Keesokan hari, kejadian tersebut terulang kembali. Tetapi hari itu Andika masih berada dalam  kamarnya dan belum berangkat. Pada saat semuanya sudah siap pintu depan masih terkunci dan kunci yang dibawa Andika menghilang. Teman-teman merasa panik, kawatir, marah, pusing untuk memikirkan hal itu.
”Dasar Bedebah.”, Kata Dimas
Setelah keluar dari dalam melaui loncat tembok, kita langsung melaporkan kepada hal ini kepada Ibu Kost. Ibu Kost memaklumi hal ini, karena hal ini sering terjadi dan selalu ada laporan bahwa tadi pagi sebelum subuh ada yang mendengar ada orang yang mengunci dan ada bayangan orang yang lewat. Setelah ada laporan tersebut, kunci pintu depan diperbarui dan kuncinya diperbanyak untuk dibagikan ke masing-masing anak, rencana itu untuk memperkecil kejadian tersebut terjadi lagi. Aku dan teman-teman sangat berbahagia.
Keesokan harinya, kebahagiaan itu musnah. Waktu subuh aku mendengar orang yang sedang berjalan dan sedang memperbaiki sesuatu. Akupun takut dan aku mencoba menghubungi teman-teman melalui SMS dan memberi tahu teman-teman tentang hal itu. Tapi sebelum aku memberi tahu teman-teman aku melihat ada bayangan orang di jendela kamarku. Akupun mengintip tapi ternyata tidak ada orang di sana. Aku bertanya ”Siapa orang tersebut?”. Setelah itu aku menghilangkan rasa takutku dan ingin mencoba melakukan aktivitas seperti biasa.
Jam menunjukan 06.50, Aku dan teman-teman siap utuk berangakat sekolah. Waktu ingin membuka pintu menggunakan kunci yang menggelantung pada kunci kamarku tanpa kusadari sebelumnya telah hilang. Aku langsung berkata kepada teman-teman dan ternyata kunci pintu depan yang telah dibagikan kepada masing-masing anak ternyata telah hilang semua. Akhirnya kita melalui jalan keluar yang sama.
Saat istirahat, aku dan teman-teman berkumpul di kantin dan aku mengatakan fenomena yang telah aku lihat tadi pagi.
”aku tadi pagi melihat bayangan orng pada jendela kamarku dan aku mendengar orang sedang membenai sesuatu. Seperti yang sudah dikatakan oleh Ibu Kost.”, Kataku.
”Oh.. ya aku juga mendengar suara itu tadi pagi.”, Kata Ilham.
”Tapi aku tadi sudah bangun sebelum subuh dan aku rasa suasananya  hanya hening, biasa-biasa saja.”, Tambah Bisma.
Aku dan teman-teman muncul sebuah pemikiran yang sama. Yaitu mencoba untuk menaruh jebakan untuk orng misterius ini. Malam tiba Sang Dewi Malam menampakan keindahannya dengan sempurna. Malam itulah aku dan teman-teman mearuh jebakan, dan tidak ada yang boleh tidur dan tidak memperbunyikan HP (silent). Jam 22.45 aku dan teman-teman masuk kamarnya masing-masing, menunggu sambil belajar.
Jam menunjukan 03.10, aku mendengar ada orang yang membuka kunci. Aku langsung meng-SMS teman-teman untuk bersiap. Dan teman-teman menjawab “OK”.
Tidak lama kemudian, jebakan yang tela kami taruh bersuara “Brrruuuueeeeenngg.......eng....eng....”. Aku dan teman-teman langsung keluar dari kamar. Kita melihat langsung ke tempat yang telah kami pasang jebakan, kami mendengar ada suara tapi.........
”Aaaaaggggrrrhhh......” Semua bertariak.



T A M A T